X-D
X-D
X-D
Gambar nih jumpa di internet. Gambar original berkaitan Software Engineering. layannn~~
klik gambar untuk paparan lebih besar
Jadi, dengan pengalaman membeli ebook di internet, m2mdoh edit balik gambar tadi. Yang ni pasal hakikat semasa dan selepas membeli ebook. (kalau pernah beli ebook fahamla maksud gambar nih, hehe) Kita layannn lagi~~
kliklah pada gambar untuk paparan lebih besar
Apa yang berlaku (selalunya bila nak beli dan selepas pembelian ebook) berdasarkan gambar di atas~~
- terpaksa berhadapan dengan sales letter (surat jualan) yang panjang berjela-jela
- testimoni terlampau dari pelanggan dan otai2 yang menyokong jualan
- kebaikan dan kegunaan maklumat dari ebook yang terlalu bagus, terbaik lagi bermanfaat untuk bakal pembeli
- hakikat harga jualan bagi ebook
- kepayahan mencari link dan memuaturun ebook yang dibeli
- maklumat dalam ebook yang tidak memenuhi jangkaan awal
- kegunaan sebenar ebook yang sedikit
- kesukaran memahami kandungan ebook
- tiada tempat bertanya (khidmat pelanggan selepas jualan) atau forum/laman sesawang/FAQ berkenaan ebook
- udahnya, pembeli akhirnya tak tau nak buat apa. Kadang-kadang menyesali pembelian yang dibuat, atau pujuk diri sendiri dengan 2 sindrom parkataan popular - 'Information Overload Syndrome'~~
Nasihat untuk membeli ebook:
- kalau kita betul-betul tengah cari maklumat dan ebook tu ada maklumat yang kita mahukan, bolehlah kita membelinya
- kadang-kadang nak beli ebook sebab nak dapatkan bonus atau MRR/PLR yang ditawarkan. Jadi, tanya diri betul-betul kita pakai ke tidak bonus atau MRR/PLR tu
- ada tak jaminan diberikan? Jaminan wang dikembalikan, jaminan khidmat pelanggan selepas pembelian, jaminan yang boleh disebut jaminan yang betul. Tengok berapa lama masa untuk sesuatu jaminan. Kadang-kadang jaminan diberi 30 hari, masa nak download ebook kena tggu 2 minggu. Masa terima aduan pula perlu diproses lagi seminggu. Masa untuk wang dikembalikan pulak samada 3 bulan lagi selepas tarikh terima aduan, atau duit tidak dikembalikan. Macam-macam trick ada..
- cara pembayaran. Kalau bayar terus sekali sahaja tak jadi masalah. Tapi jangan nanti rupa-rupanya duit dalam akaun ditolak setiap minggu setiap bulan sebab ebook perlu dibayar berkali-kali. Berhati-hati semasa mengisi borang pembayaran.
IM-AIOExplained: "Bacalah dengan nama TuhanMu, agar diberikan kefahaman yang mantap dan dipermudahkan segala urusan."
:.
No comments:
Post a Comment
Comments? Advice? Glad to hear your words, I appreciate it sooo much, Thank you. :-D