:-)
Selepas bersedia dengan emel dan kata laluan yang kuat, kini kita beralih pula dengan bab pertama perniagaan atas talian (perniagaan internet/online business) dengan menggunakan teknik-teknik pemasaran internet (internet marketing), iaitu mengenai Niche. Perkasa asas tentang Niche ialah:
- Apakah Niche itu.
- dan Kenapa menge-Niche sangat penting untuk kita.
Image credits to: codiceinternet.
Semasa hendak memulakan sesuatu perniagaan, kita mestilah memilih apa yang hendak kita jual. Ada dua kategori popular untuk perniagaan online ini, menjual barangan/produk atau menyediakan perkhidmatan. Dengan menjadikan internet sebagai premis perniagaan, kita perlu melihat samaada terdapatnya permintaan (pasaran) untuk produk atau perkhidmatan kita tadi.
Ini kerana, jika adanya permintaan...
= maka pasaran kita sudah ada,
= maka akan ada pembeli,
= maka kita boleh mula menjual.
= Berita baik, bukan? :-)
Berkaitan dengan pembeli, atau tahap permintaan, dua aspek ini perlu dikaji dengan bersungguh-sungguh. Secara ringkasnya, pembeli dan permintaan sangat berkait rapat.
- Jika pembeli ramai, maka pasaran untuk sesuatu produk atau perkhidmatan itu secara logiknya adalah pasaran yang besar kerana permintaannya banyak.
- Jika kurang pembeli, maka pasarannya boleh dikatakan kecil sahaja (kerana permintaannya sedikit). Beza pasaran yang besar dan kecil ini bakal mempengaruhi keputusan kita untuk terus berusaha menjual atau tidak.
Akan tetapi, antara pasaran yang besar dengan pasaran yang kecil ini, terdapatnya satu pasaran aneh lagi unik. Tidak dipengaruhi oleh faktor bilangan pembeli, permintaannya untuk produk atau perkhidmatan darinya tetap ada. Ianya lebih mudah digelar pasaran yang khas istimewa, kerana pembelinya hanya mahukan barangan-barangan tertentu sahaja atau perkhidmatan yang khas untuk mereka sahaja.
Pasaran ini agak sukar untuk diganti dengan produk-produk lain, ataupun diberi layanan/perkhidmatan yang berbeza. Mereka tetap nak yang itu juga. Inilah yang dikatakan pasaran Niche tadi.
Niche, dengan kaa lainnya ialah pasaran yang mempunyai permintaan khas terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan yang tertentu.
Pasaran yang sebeginilah yang dicari-cari oleh seorang internet marketer untuk perniagaan online nya. Anda, (dan juga saya), lebih-lebih lagi untuk mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang internet marketing ini, adalah wajib untuk mencari pasaran Niche mereka sendiri.
Apa rasionalnya apa best nya apa pentingnya menge-Niche (mencari Niche) ini?
Kebiasaannya, untuk pasaran yang luas dan besar, produk-produk atau perkhidmatan yang kita jual atau sediakan adalah dari jenis yang memuaskan hati semua para pelanggan kita. Tidak kira umur, jantina, tempat tinggal, kuasa membeli, dan lain-lain, semuanya akan 'berpuas hati' dengan barangan dan perkhidmatan yang sedia ada. Tapi apabila kita menge-Niche, kita hanya akan memuaskan hati sebilangan kecil pelanggan dari pasaran yang besar tadi.
Kenapa mahu sebilangan kecil pelanggan saja? Bayangkan contoh ini. Pasaran besar: menjual ubat. Pasaran kecil sedikit dari itu: menjual pencuci muka. Kecil lagi: menjual pencuci untuk muka yang berminyak. Lagi kecil dari itu: menjual pencuci untuk muka remaja lelaki yang berminyak (ini sudah dikira sebagai pasaran niche). Pasaran besar iaitu menjual ubat tadi mencakupi hampir semua pelanggan kita. Pasaran besar ni sahaja sudah menjana berjuta-juta ringgit. Jika kita ambil sedikit sahaja pelanggan dari pasaran besar ini, bayangkan anda ambil sedikit saja dari juta-juta ringgit dari pasaran besar tadi, haa.. Berapa banyak itu? ;-)
image credits: illustir.
Perlu diingatkan juga, persaingan dalam menyediakan produk-produk dan perkhidmatan untuk pasaran Niche ini amatlah sengit, tetapi, jika anda adalah satu-satunya atau yang terawal sekali menjual dalam pasaran Niche tersebut, anda secara automatis akan menjadi market leader dan tempat rujukan yang utama berbanding mereka yang kemudiannya memasuki pasaran Niche itu tadi.
Tambahan pula, jika anda bermula dari Niche dahulu, lama kelamaan anda akan memasuki pasaran yang besar satu hari nanti. Jika anda seorang freshie internet marketing ini, dengan menge-Niche anda akan dapat merasa income dunia marketing dengan lebih cepat lagi. (Jadi anda akan lebih bersemangat untuk terus maju dalam dunia perniagaan online ini). Jadi, itulah sebabnya kenapa menge-Niche sangat penting untuk kita~~
;-)
IM-AIOExplained: "Siapa cepat, dia dapat Niche dulu~~" :-D
:.