IM-AIOExplained.blogspot.com:

Niche > Blog > Affiliate > Autoresponder > IM

Tuesday, February 2, 2010

Kata Laluan yg Lemah, Sederhana, Baik dan Kuat >>

.: Ini ialah blog post bergambar untuk menunjukkan tahap kekuatan sesuatu kata laluan itu.


Hee~ ;-)
(Post ini adalah tepat semasa ditulis). Di sini kita bolehlah melihat bagaimana pemilihan abjad/aksara dalam kata laluan kita itu mempengaruhi tahap kekuatannya. Bandingkan perbezaan antara tahap kata laluan pada Y! mail (pada sebelah kiri) dan juga Gmail (berada di sebelah kanan) yang berbeza-beza.

Contoh kata laluan - deskripsi


123456789 - hanya mengandungi nombor sahaja





12345abcd - kombinasi nombor dan abjad





abcdefghj - mengandungi abjad sahaja
12345ABCD - nombor dengan abjad dalam huruf besar





12345Abcd - kombinasi nombor + huruf besar + huruf kecil
aBC12345d - dengan susunan yang berlainan





aB12C345d - susunan rawak + penggunaan nombor + huruf besar dan kecil
aB1?(345d - kata laluan yang mengandungi simbol bacaan
@B12C345d - dengan beberapa aksara khusus
aB12C3$%d - lebih banyak aksara khusus





Jadi, untuk mana-mana kata laluan, kita boleh simpulkan bahawa kata laluan yang dilabelkan...


Too short atau Weak  = Kata laluan yang  lemah (mudah dipecah masuk)
Very Strong = Lata laluan yang kuat dan lebih selamat.


Perbezaannya seakan-akan tidak berapa ketara, tetapi, berdasarkan pengalaman dan pembacaan yang lepas, adalah digalakkan untuk kita menggunakan tahap kekuatan dari Y! mail kerana ia lebih tepat dalam menentukan kata laluan yang bagus atau tidak. Bagaimanapun, anda sebagai pengguna hendaklah berwaspada dengan apa jua akaun online anda di internet. Salah satu caranya ialah dengan membuat kata laluan yang kuat dan sukar dipecahmasuk.



IM-AIOExplained: "Tak kisah apa jua kegunaan akaun di internet, semuanya mestilah dilindungi dengan baik." ;-)

:.

No comments:

Post a Comment

Comments? Advice? Glad to hear your words, I appreciate it sooo much, Thank you. :-D