IM-AIOExplained.blogspot.com:

Niche > Blog > Affiliate > Autoresponder > IM

Monday, January 11, 2010

Bagaimana Menguatkan Kata Laluan Emel Anda (Dan Akaun lain) >>

.:
Kata laluan (password) biasanya digunakan untuk mengakses akaun-akaun online anda. Contohnya membaca emel, chatting dengan messenger, membuka laman web sosial dan sebagainya. Bagi anda, kata laluan anda sudah cukup kuat (selagi tiada sesiapa pun yang tahu), akan tetapi, adakah anda pasti ianya betul-betul kuat (dan selamat)?

kuatkah kata laluan anda??
   image credit to: shaymus022

Kata laluan = Password = Kata rahsia~~

Mengambil definisi dari Wikipedia, "Kata laluan atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris password merupakan sejenis bentuk data pengesahan rahsia yang digunakan untuk mengawal capaian kepada suatu sumber." Setiap individu yang ingin memasuki sistem akan ditanya dan hanya yang mengetahui kata laluan yang betul sahaja akan dibenarkan masuk. Dan untuk dunia online, kata laluan kita semestinya dijaga dengan rapi dari pengetahuan individu lain, bagi mengelakkan dari disalahgunakan. Untuk menjaganya, kata laluan tadi mestilah kuat dan sukar dipecahmasuk (crack).

Jadi, bagaimana untuk membuat kata laluan yang kuat?

Agak sukar juga untuk menentukan tahap kekuatan sesuatu kata laluan itu. Ia boleh menjadi sangat-sangat kuat apabila...
  • kata laluan anda amat tersangatlah panjang sehingga terpaksa mendaftar untuk akaun khas, kerana kata laluan anda mempunyai 999 huruf atau lebih yang berubah-ubah setiap masa
  • entah bagaimana, laman web anda itu memyediakan teknologi super atau tahap enkripsi terlampau yang betul-betul boleh menjamin kata laluan anda selamat sepanjang masa
  • dunia ini aman damai, tiada hacker yang ingin menggunakan maklumat peribadi anda atau memecah masuk akaun anda
  • dan pelbagai alasan yang tak masuk dek akal...

Maaf ya untuk gurauan~~ dibawah ini ialah perkara-perkara yang anda perlu ada untuk mempunyai kata laluan yang kuat. Anda juga boleh mengaplikasikannya untuk mengubah kata laluan yang sedia ada.
  • gunakan lebih huruf: 8, 9, atau lebih huruf adalah sangat-sangat digalakkan
  • mudah diingat, susah diteka, dan tidak berkaitan terus (secara langsung) dengan anda
  • kombinasi huruf besar dan huruf kecil
  • menggunakan huruf beserta nombor, serta simbol-simbol dan tanda bacaan (koma, noktah dsbg) (rujuk ASCII)
  • (serta) menggunakan teknik 'seakan-akan' (untuk IMers yang dwibahasa), dan juga teknik-teknik lain.

Teknik 'seakan-akan'

Sebelum kita berkongsikan teknik 'seakan-akan' di sini, apa kata kita lihat dahulu teknik-teknik lain yang turut membantu dalam membuat kata laluan yang kuat. Di bawah ada dua pautan yang berguna dan turut digunakan dalam teknik 'seakan-akan'.
  1. Pihak Microsoft menggariskan 6 langkah untuk membuat kata laluan yang kuat, bermula dengan kita membina satu ayat ringkas dan menarik, di sini.
  2. Pelajari bagaimana kaedah Scalet yang menggunakan teknik Microsoft, tetapi ditambah dengan sedikit pengubahsuaian, dimana setiap satu kata laluan akan menjadi berbeza untuk setiap akaun.

Teknik seakan-akan sebenarnya terdiri daripada ayat ringkas yang dwibahasa pada maksud atau ejaan. Teknik ini menggunakan teknik pihak Microsoft. Kita ambil contoh ayat "suka makan durian sangat-sangat tau"~~

"suka makan durian sangat-sangat tau" akan menjadi "smdurianst"
  1. Kita mula dengan "5mdurianst"
  2. Kemudian, "5Mdurianst"
  3. "5Mdueendst"
  4. "5MdueanDst"
  5. "5Mdu3anDst"
  6. Akhir sekali, "5Mdu3@nD>" (kata laluan dengan sepuluh huruf)

Penerangan:
  • Kita gantikan 's' menjadi '5' (nombor digunakan)
  • Huruf 'm' pula ditulis menjadi huruf besar 'M' (penggunaan huruf besar)
  • Langkah yang ketiga ialah kita menggunakan bahasa lain yang dieja cara kita sendiri. Bahagian inilah yang dimaksudkan teknik 'seakan-akan' tadi. Durian, raja buah-buahan, telah ditukar ejaannya menjadi 'due-end'. Sebutan 'due-end' ini seakan-akan sebutan 'durian'. (Kalau tak sama sebutan, cuba sebut sampai sama, hahaha) ;-P
  • Tambahkan lagi huruf besar dalam kata laluan kita, 'd' menjadi 'D'
  • Huruf 'e' pula ditulis menjadi '3'
  • Akhir sekali, gunakan simbol. Huruf 'a' menjadi '@' dan 'st' menjadi '>'
  • Siap pun kata laluan kita yang kuat - '5Mdu3@nD>' (tak perlulah pakai kata laluan ini, okay?) ;-)

Tak cukup? Ada satu lagi contoh - "major league is next week".
  1. majorlinxwk
  2. mejalinxwk
  3. mejalinxw6
  4. mEJ4linxw6
  5. mEJ4[in*w6 (tetap kata laluan dengan 10 huruf)

Penjelasan:
  • Secara ringkasnya, 'next' telah menjadi 'nx', 'week' pula sebagai 'wk'
  • Cara sebutan 'major' seakan-akan seperti 'meja'. Jadi di sinilah digunakan teknik seakan-akan tadi.
  • Mengeja dengan cara sendiri - 'wk' (week) dieja sebagai 'w6'
  • Kemudian gunakan nombor untuk menggantikan huruf-huruf
  • Akhir sekali masukkan simbol-simbol dalam kata laluan tadi, huruf 'L' bertukar menjadi '[' dan 'nx' (next) pula menjadi 'n*'.

Teknik seakan-akan m2mdoh tadi sememangnya akan menjadikan kata laluan anda unik, tidak tersenarai di dalam kamus, senang diingat dan agak kuat. (Selepas diperiksa di laman Yahoo! mail dan Gmail, keputusannya ialah kata laluan yang kuat). ;-) Harapan m2mdoh agar blog post ini dapat membantu anda mencipta atau menguatkan kata laluan anda tadi. Bukan untuk digunakan dalam emel sahaja, tetapi sesuai untuk mana-mana akaun internet.

Pautan ini menarik untuk dibaca~~

Rujukan:

IM-AIOExplained: "Pengalaman lalu dimana Twitter menyekat akses m2mdoh kerana kata laluan telah dipecahmasuk oleh individu yang tidak bertanggungjawab sangat-sangat menyakitkan hati, huhu.." :-(
:.

No comments:

Post a Comment

Comments? Advice? Glad to hear your words, I appreciate it sooo much, Thank you. :-D