IM-AIOExplained.blogspot.com:

Niche > Blog > Affiliate > Autoresponder > IM

Friday, January 8, 2010

Kenapa Pemilihan Nama Pengguna (Username) Amat Penting?

.: Ada TIGA sebab Mengapa Nama Pengguna adalah penting dan perlu dipilih dengan tepat.

Nama Pengguna berfungsi membezakan akaun milik kita dengan yang lain. Nama Pengguna digunakan juga agar memudahkan kta mengingat akaun-akaun kita. Oleh sebab itu, Nama Pengguna dijadikan kemestian untuk mendaftar dengan mana-mana akaun di internet.

Nama Pengguna bermaksud Username dalam bahasa Inggeris. Variasinya termasuklah User ID, Login name, dan juga Login ID. Untuk Bahasa Malaysia lazimnya ditulis ringkas sebagai 'Nama'.


Akan tetapi, umum kurang mengetahui kenapa pemilihan Nama Pengguna amat penting - lebih-lebih lagi untuk dunia IM. Mari kita lihat tiga tujuan utama yang boleh kita gunakan dari Nama Pengguna kita yang unik. ;-) (Sini m2mdoh gunakan Nama Pengguna dalam emel sebagai contoh).

Nama Pengguna dalam Sun VirtualBox
image credits to: Sloshay
  • SEO - search engine optimization (optimisasi enjin carian)
SEO secara ringkasnya ialah proses menbawa traffik ke laman web/blog anda dari hasil carian yang dilakukan melalui enjin carian. Antara proses SEO itu melibatkan penggunaan kata kunci (keyword). Biasanya kita akan menggunakan emel sebagai medium perhubungan dengan prospek dan rakan niaga. Jadi, dengan memasukkan laman web kita atau menggunakan kata kunci dalam emel, ini secara tidak langsung membantu proses SEO tadi.
  • Penjenamaan
Penggunaan kata kunci atau nama laman web kita dalam nama pengguna membolehkan kita memberi jenama untuk menunjukkan identiti kita. Dengan emel perkara yang sama juga boleh dilakukan. Apabila prospek menulis alamat emel anda, maka proses penjenamaan sudah bermula dari situ. Mereka mengenali anda dari alamat emel anda. Kita ambil contohnya dari 'Gmail'. Gmail sebenarnya 'Google Mail', tapi sebagai ringkasan, dipendekkan menjadi Gmail. Huruf 'G' pada Gmail sudah boleh membuatkan anda mengetahui ianya dari Google - Google Mail. Begitulah kuasa penjenamaan. ;-)
  • Mudah Diingat
Secara fitrahnya kita lebih mudah tertarik dengan sesuatu yang unik/berbeza atau luarbiasa/aneh. Jadi Nama Pengguna yang unik tentunya lebih mudah diingat. Sekiranya nama laman web anda terlalu panjang, ringkaskan atau mungkin ambil huruf pertama dari nama laman web anda tadi. Contohnya, blog ini dengan nama IM-AIOExplained.blogspot.com, diringkaskan hingga alamat emel menjadi imaioe. Boleh juga untuk terus mengunakan imaioexplained untuk alamat emel, semasa ditaip memang prospek akan teringatkan URL blog ini, tetapi ianya terlalu panjang untuk ditaip. Agak menyusahkan, maka dijadikan lebih ringkas, lebih aneh, dan lebih cepat ditulis. Hee ;-D

Sebenarnya, pemilihan Nama Pengguna tidaklah terikat untuk membuat akaun emel sahaja, sebenarnya anda boleh gunakan Nama Pengguna tersebut untuk mendaftar dengan mana-mana laman web yang anda gemari. Dengan pemilihan yang tepat, anda kini dalam usaha memperkenalkan diri dan laman web anda kepada dunia. Teruskan usaha dan mari kita belajar bersama-sama~~ ;-)


IM-AIOExplained: "Tahukan anda bagaimana Hotmail mula dikenali dan tersebar luas?" X-D

:.

No comments:

Post a Comment

Comments? Advice? Glad to hear your words, I appreciate it sooo much, Thank you. :-D