Sebelum bermula, apa kata kita lihat dahulu makna Internet marketing dan online business bersama-sama~~
Internet marketing (pemasaran internet/pengiklanan internet) bermaksud usaha yang dilakukan untuk memasarkan produk-produk atau perkhidmatan melalui internet, manakala online business (electronic commerce = perniagaan online) membawa maksud menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan dengan menggunakan atau melibatkan teknologi maklumat dan komunikasi, ICT.
Dengan kata lain,
- Internet marketing ialah cara-cara dan usaha kita untuk menarik pelanggan datang ke laman web untuk membeli produk atau perkhidmatan yang ktia tawarkan.
- Online business pula ialah perniagaan kita yang dijalankan dengan menggunakan teknologi-teknologi yang berkaitan dengan internet
5 Langkah
Setelah mengetahui hubungkait antara dua perkara ini, maka bolehlah kita menjawab soalan yang diatas tadi - Bagaimana hendak memulakan perniagaan online dengan internet marketing. Secara teorinya, untuk bermula kita hanya perlukan 5 langkah ini sahaja, tetapi praktikalnya lebih dari 5 tau~~ ;-)
- Cari Niche anda
- Praktikkan SEO + Blog secara konsisten
- Daftar sebagai Affiliate
- Masukkan Autoresponder
- Buat Internet Marketing habis-habisan~~ :-D
Kalau diikutkan, sekarang juga anda sudah boleh mula mencari maklumat tentang 5 langkah di atas. Cuma Google-kan, dan anda dapat temui banyak informasi percuma di luar sana. Bersedialah dengan emel anda, dan, adalah lebih baik jika anda terus usahakan selain hanya membaca/menulis/membuat perancangan sahaja. Kalau dah usaha barulah nampak hasilnya, kalau tidak berjaya kita bertanya dan usaha lagi~~
Sebelum m2mdoh menamatkan post ini, ingin dimaklumkan bahawa blog ini akan cuba membantu anda dalam memulakan perniagaan online dengan info-info berguna dan percuma. M2mdoh lakukan bahagian m2mdoh, anda lakukan bahagian anda. Jangan tunggu lama-lama, sebab yang lain pun sama berniaga. ;-)
IM-AIOExplained: "Jangan takut bermula, tapi takutlah tak sempat nak mula apa-apa.."
Are you ready?? :-)
:.
No comments:
Post a Comment
Comments? Advice? Glad to hear your words, I appreciate it sooo much, Thank you. :-D