;-) Boleh aja~~ :-
Selalunya, apabila membuka emel, memang akan membaca, menbuang atau membalas balik emel-emel yang kita dapat. Kadang kala untuk mencetak flight itinerary yang dihantar syarikat penerbangan, membaca newsletter atau blog post terbaru, membuat pengesahan pendaftaran untuk laman sosial yang baru disertai, dan pelbagai lagi jenis emel yang kita dapat hampir setiap hari. Tetapi, sebagai internet marketer, emel boleh digunakan selain daripada fungsinya yang biasa kita gunakan.
Digunakan <-> dimanipulasikan?
Secara peribadi, m2mdoh menggunakan lebih dari satu akaun emel. Setiap satunya digunakan dengan tujuan yang berbeza-beza, agar memudahkan proses mengurus 'inventori' emel yang sememangnya bertambah-tambah. Y! mail dan Gmail, antara dua penyedia akaun emel percuma yang sangat-sangat membantu dalam dunia IM. Jadi, apakah cara-cara untuk memanipulasi akaun emel kita ini?
- Manipulasi #1: Digunakan untuk tujuan perniagaan internet
- Walaupun sesetengah antara kita kurang selesa dan pening menggunakan lebih dari satu akaun emel, tetapi dengan memiliki akaun emel yang berbeza untuk kegunaan peribadi dan perniagaan, sangat-sangat membantu mengurangkan kepeningan yang ada. Satu sebabnya lagi, agar kelak kita tidaklah tersalah hantar emel, contohnya terhantar emel peribadi kepada bos, kan malu jadinya nanti..
- Manipulasi #2: Tempat menyimpan semua freebies dan muaturun ;-)
- Yang ini layann~~ Kenapa buat banyak akaun emel sebab salah satu emel itu nanti gunanya menyimpan semua muaturun dan offer dan follow up emel dan bermacam-macam emel apabila kita berikan untuk mendapatkan mana-mana freebies di internet. (panjang berjela jela) ;-P Tak kisah nak cakapa nafsu ka, gila ka, sesungguhnya banyak freebies (ebook, transkrip audio, video percuma dll) dari IMers di luar sana sangat-sangat berguna untuk bahan bacaan dan menambah ilmu kita dalam dunia IM. Jadi, download jangan tak download, tapi asingkan dari akaun emel peribadi.
- Manipulasi #3: Menyimpan salinan dokumen-dokumen (atau sebagai storan kedua)
- Pernah mengalami USB pendrive/harddisk yang penuh? Nak simpan banyak lagi barang tapi sudah tidak muat. Jadi, dengan menggunakan storan untuk emel, kita bolehlah menyimpan dokumen-dokumen atau gambar-gambar sebelum dipindahkan ke dalam USB yang baru. Kadang-kadang, apabila bekerja dari cyber cafe, terlupa membawa USB, jadi emel boleh menjadi storan kedua untuk menyimpan kerja-kerja kita tadi. Taip emel yang baharu, kepilkan (attach) dokumen yang dikehendaki, kemudian hantar kembali kepada alamat emel anda sendiri.
- Manipulasi #4: Medium perhubungan dengan rakan niaga
- Oleh kerana Y! mail dan Gmail telah mengintegrasikan 'instant messenging' dalam akaun emel mereka, maka kita boleh terus berbincang atau berkongsi maklumat serentak dengan hanya membuka emel sahaja. Jadi kini kita sudah boleh terus bersembang tanpa perlu install software berlainan, atau membuka softwarenya. Menyenangkan kerja dan menjimatkan masa.
- Manipulasi #5: Kumpul semua junk emails dalam satu tempat
- Apabila kita sign up untuk freebies dari IMers lain (atau dari laman sesawang), kemungkinan untuk menerima junk emel meningkat dengan dahsyatnya. Kenapa? Kerana emel-emel follow up kadang-kadang (selalunya) mengandungi offer-offer atau majlis undangan ke webinar, seminar, atau preview produk-produk baru. Emel-emel ini bukannya emel spam, kerna kita sendiri yang setuju berikan emel untuk mereka, dengan balasan diberikan pautan untuk download freebies diorang. Jadi, sebagai langkah bijak, biarlah semua junk emel berkumpul satu tempat sahaja.
- Manipulasi #6: Untuk memberi komen di blog/laman web
- Kegunaan emel yang lain adalah untuk meninggalkan komen~ m2mdoh sendiri sebenarnya kurang gemar untuk memberi komen, tetapi jika anda mempunyai jawapan untuk persoalan/masalah pada blog mereka, maka anda amat digalakkan untuk membantu dengan memberi komen. Dan, untuk memberi komen, ia perlukan emel. Jadi gunakan emel anda tadi dan selepas itu barulah anda dapat menulis komen anda. (Di samping itu, sertakan juga pautan ke blog/laman sesawang anda juga.)
- Manipulasi #7: Sebagai 'Online reminder/event planner draft'
- Anda sedar tidak terdapatnya fungsi untuk membuat reminder dan mencatit nota pada emel anda? Jadi, selain daripada menggunakan notepad atau word atau open office, apa kata anda terus sahaja gunakan nota pada akaun emel untuk menulis catatan-catatan anda. Gunakan reminder, kalendar untuk menulis tarikh-tarikh, masa pertemuan atau rancangan anda. Di samping itu, dengan cara ini, anda tidak perlu sentiasa membawa USB anda setiap masa, atau perlu menggunakan komputer di rumah untuk melihat jadual-jadual anda.
IM-AIOExplained: "Gunakan dengan barangan percuma dengan bijak" :-D
:.
No comments:
Post a Comment
Comments? Advice? Glad to hear your words, I appreciate it sooo much, Thank you. :-D