IM-AIOExplained.blogspot.com:

Niche > Blog > Affiliate > Autoresponder > IM

Tuesday, February 16, 2010

Isu: Halalkah Haramkah Perniagaan Internet??

.: Anda seorang Muslim Internet Marketers?
:-)

Sebelum m2mdoh terpesong hanyut hanyut ke topik 'MLM', post ini cuba berkongsikan pandangan peribadi. Tak kisah anda mazhab apa, umur berapa, jantina yang mana, diharap agar fikir-fikirkan hal ini sebelum benar-benar serius dengan perihal perniagaan online dan internet marketing.

Jadi, perniagaan internet ni Halal ke Haram?

Ada banyak faktor perlu dilihat dikaji difikirkan sebelum menyatakan mana-mana perniagaan internet ini sebagai halal atau haram. Utamakan pandangan agama kita dahulu sebelum menggunakan pandangan logik akal, pandangan sosial, dan bermacam-macam pandangan yang ada.


Ini adalah beberapa isi yang dipetik dari pautan di atas ini bercampur dengan pandangan peribadi yang boleh kita fikir-fikirkan sebelum memasuki mana-mana dunia perniagaan internet. Kalau hati kuat menyetujui ianya Halal, maka tanyakanlah pada ulama-ulama kita, panel syariah kita, dan kemudian lakukanlah. Jika hati kuat menyetujui ianya Haram, maka tinggalkanlah tanpa berpaling-paling lagi. Ini kes dunia akhirat hidup mati, rezeki yang diberi kepada badan yang dipinjam dari Ilahi, masa depan anak-anak generasi ke generasi..

Tidak membawa mudarat dan tidak pula memberi mudarat
  • Niat : Niat berniaga adalah semata-mata hanya kerana Allah. Allah yang menentukan samada hari ini kita akan dapat menjual ebook kita, hari esok dapat komisen menjual produk, atau berapa banyak pun yang akan kita dapat semuanya ditentukan Allah. Jika belum rezeki kita, bagaimana usaha pun memang tidak memperolehinya. Dapat atau tidak bukan di luar kuasa kita, tetapi yang sepatutnya kita buat ialah berusaha menjual dan tawakkal.
  • Tujuan perniagaan : Antara asas penting dalam perniagaan Islam ialah menjaga kebajikan dan kemaslahatan umat manusia (tanpa mengira anda seorang Islam atau tidak). Bagi umat Islam yang berniaga, kita Muslim Internet Marketers berniaga dengan niat ikhlas menjaga kebajikan, kita tidak mengambil apa yang menjadi hak orang lain, kita tidak mencuri atau menzalimi sesiapa, menciplak hasil kerja, mengeluarkan produk yang tidak berkualiti dan lain-lain. Memanglah berniaga agar mendapat keuntungan, tetapi keuntungan itu hasil membantu pelanggan atau pengguna produk-produk kita.
  • Strategi perniagaan : Kejujuran seseorang peniaga dan Internet Marketers beragama Islam menjadi titik ukur kemajuan perniagaan itu kelak. Sales page (laman jualan) atau blog atau mana-mana laman web yang mengelirukan, memberi jaminan yang tidak ditepati, keuntungan/bukti yang diubahsuai dengan Photoshop, testimoni yang melampau-lampau, segala-galanya yang boleh mempersoalkan kejujuran diri kita sebagai Muslim Internet Marketers sepatutnya kita jauhi, hindari AKA jangan buat langsung penipuan ini. Beri ikut kemampuan, kebolehan, yang penting jujur dalam perniagaan.
  • Mengira keuntungan : Profit Margin terlampau tinggi/Harga kos untuk menghasilkan sesebuah ebook atau barang jualan tidak setimpal dengan harga jualan. Berkenaan hal ini adalah lebih untuk kita memikirkan tujuan kita berniaga di internet kembali, bukan untuk keuntungan semata-mata, tapi untuk mendapat keberkatan dari Allah, di samping memberikan manfaat kepada pembeli. Letakkanlah harga yang berpatutan, jika harga yang tinggi dikenakan maka berilah bonus-bonus yang setimpal, khidmat bantuan selepas jualan yang lama, jaminan yang kuat, dan sebagainya.
Perniagaan yang berasaskan internet, dibuat dengan menggunakan internet, atau mana-mana perniagaan sekalipun, Halal Haramnya bergantung bagaimana kita menjalankan urusan perniagaan kita. Biar sedikit pun, atau sekuman pun urusan yang dilakukan dengan cara yang Haram, perniagaan Halal akan menjadi Haram. Gunakan akal yang diberikan Allah untuk menjalankan memikirkan memajukan perniagaan internet secara Islamik agar rezeki yang kita dapat bukan sahaja berkat dan  bermanfaat, tapi turut membentuk jiwa usahawan yang bersih dan prihatin.  :-)


Rujukan/Pautan berkaitan:
  • Permai1.tripod.com : Garis Panduan Tingkah Laku Etika Islam Dalam Perniagaan
  • SmartUsaha.com : Etika perniagaan, Pandangan Islam dan kepentingannya.
  • Zaharuddin.net : Perniagaan Internet Halal atau Haram.
  • Baitul-maal.com : Etika ekonomi Islam, norma Islam dalam ekonomi, kejujuran (Shiddiq), Amanah, Nasehat.
  • WangCyber.com : Adab, etika dan hukum dalam perniagaan internet.
  • MajalahIM.com : Perniagaan Internet Halal atau Haram?
  • Google Books preview : Etika dan amalan perniagaan, oleh Wan Sabri Wan Hussin
  • WangCyber.com : Hakikat sebenar buat duit di internet - lihat 3 jenis perniagaan dalam kategori Halal dan Haram; ada warna hijau, oren dan merah.
  • JerungPerkasa.com : Isi nombor (3). Adakah perniagaan internet ini Halal dan tiada unsur penipuan?

IM-AIOExplained: "Perniagaan yang Halal, rezeki yang Halal, generasi yang Halal Toyyiba~~"
;-)

:.

No comments:

Post a Comment

Comments? Advice? Glad to hear your words, I appreciate it sooo much, Thank you. :-D