IM-AIOExplained.blogspot.com:

Niche > Blog > Affiliate > Autoresponder > IM

Friday, February 5, 2010

Imbasan Post Berkaitan dengan Emel >>

.: Assalamu'alaikum~~
(^o^),v

Post yang sebelum ini menyentuh bagaimana kita memulakan dunia internet marketing ini dengan membuat emel. Emel sebenarnya tool kita yang pertama sekali dalam dunia IM, dan tool ini boleh dimanipulasikan agar 'bekerja' untuk kita. Memang Y! mail dan Gmail yang menjadi pilihan utama untuk membuat emel, tetapi, berapa banyakkah akaun emel yang perlu dibuat??

3 Kegunaan utama

3 akaun sahaja sudah pun mencukupi - satu untuk memuatturun freebies, satu lagi untuk khas untuk aktiviti perniagaan internet, dan akaun emel yang terakhir untuk kegunaan peribadi. Akaun saranan m2mdoh? Y! mail untuk kegunaan yang pertama, Gmail untuk perniagaan, dan yang terakhir gunakan perkhidmatan emel yang anda gemari.

Akaun Y! mail sangat baik dijadikan akaun mengumpul freebies (ebook percuma, muaturun percuma, termasuklah offer dan emel follow up yang bertimbun-timbun) kerana ia menyediakan ruang simpanan yang tidak terhingga. Gmail pula bagus untuk aktivit perniagaan kerana perkhidmatan-perkhidmatan percuma mereka, contohnya Blogger, carian kata kunci (keyword), mengesan trend, melakukan analisa dan pelbagai lagi yang boleh digunakan secara percuma~ Dengan syarat, kita faham bagaimana mengunakannya. ;-)

Inilah imbasan beberapa perkara penting mengenai akaun emel (dalam susunan pembacaan)~~

  1. Menghantar dan membaca emel adalah perkara yang biasa dilakukan selepas membuka emel. Sebagai seorang internet marketer, kita ada 7 cara memanipulasikan akaun emel kita.
  2. Sebelum itu, anggaplah ini titik pertama dalam dunia IM kita - gunakan nama pengguna (username/login ID) yang sesuai dan berkaitan untuk akaun emel.
  3. Dengan nama pengguna yang bagus, sekarang bagaimana kita boleh melindungi akaun emel kita - antara caranya ialah dengan memilih kata laluan yang tepat.
  4. Anda pasti bahawa kata laluan anda kata laluan yang kuat?
  5. Mengapa m2mdoh gemar menggunakan Yahoo! mail dan Gmail?
  6. Atau anda mencari penyedia perkhidmatan emel yang lain?
Selepas post berkaitan emel ini, kita akan beralih pula kepada topik seterusnya dalam dunia Internet marketing. Kita akan sama-sama mempelajari bagaimana mewujudkan perniagaan online dan menjana pendapatan daripadanya. Kita akan menggunakan pendekatan melalui blog dan tools yang berkaitan kelak. Nantikan~~ ;-D


IM-AIOExplained: "Haa, lepas ni kita akan kerap menggunakan perkhidmatan percuma Google. Pastikan anda telah mendaftar utuk akaun Gmail anda~~ " ;-)

:.

No comments:

Post a Comment

Comments? Advice? Glad to hear your words, I appreciate it sooo much, Thank you. :-D