IM-AIOExplained.blogspot.com:

Niche > Blog > Affiliate > Autoresponder > IM

Friday, January 15, 2010

3 sebab kenapa kata laluan tidak dipilih sembarangan >>

.: Assalamu'alaikum dan Hye~~


Kata laluan boleh diibaratkan sebagai 'kunci' untuk membuka bilik internet. Ada kata laluan yg panjang, ada kata laluan yang kecil, ada yang kuat dan ada juga yang lemah. Dan yang sebaik-baik kata laluan ialah kata laluan yang kuat kerana lebih selamat dan terjamin.

Jadi, kenapa pemilihan kata laluan begitu penting?

Sebagai seorang internet marketer, kata laluan adalah salah satu faktor kritikal untuk akaun internet kita. Kita menguruskan dan membuka laman web kita dengan menggunakan kata laluan. Jika tiada kata laluan, sesiapa pun boleh mengakses akaun kita. Tetapi, apabila kita mempunyai kata laluan, ianya mesti dijaga dan dibuat dengan kuat untuk mengurangkan risiko kerugian di kemudian hari.



Menjaga keselamatan maklumat peribadi
Kata laluan tidak dipilih sembarangan kerana kita tidak mahu kita menjadi mangsa internet. Internet boleh menjadi kawan atau menjadi lawan, bergantung bagaimana ia digunakan. Ini kerana maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, alamat tempat tinggal, nombor telefon dan lain-lainnya boleh dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka boleh menyamar sebagai diri kita atau menjual maklumat kita kepada pihak lain. Dengan mengetahui kata laluan sahaja membolehkan maklumat peribadi anda diketahui. Anda pastinya tidak mahu menjadi mangsa 'klon' anda sendiri bukan?

Menjaga simpanan wang di bank
Dari segi keselamatan, pihak bank sememangnya telah mempunyai kawalan keselamatan yang tinggi untuk menjaga akaun bank kita. Tetapi, untuk perbankan internet, kita perlukan perantara untuk mengakses akaun bank kita tadi. Perantara tersebut biasanya menggunakan emel dan/atau nombor telefon mudah alih. Yang menjadi peluang untuk mereka ialah akaun emel kita. Emel lebih mudah dipecahmasuk berbanding akaun bank. Jadi, dengan memilih kata laluan yang kuat sekurang-kurangnya emel kita lebih selamat, sekaligus menyelamatkan simpanan wang juga.

Mengelak hasil kerja kita dari dicuri
Pengajaran paling berharga buat seorang internet marketer semestinya apabila hasil kerja yang dirancang dan disiapkan sebelum ini telah dicuri dan dijual kepada orang ramai. Ebook, rakaman temuramah, transkrip rakaman, video-video dan sebagainya telah bocor (leak) dan dimuaturun oleh pesaing dan prospek anda. Belum lagi dicampur dengan semua list prospek kita yang telah bocor, dan berapa keuntungan yang telah mereka dapat. Bagaimana ini boleh terjadi? Kerana kata laluan kita tidak kuat atau dipilih secara sambil lewa sahaja.

Dibawah ini ada beberapa pautan (berbahasa Inggeris) yang baik untuk membuka minda, membuka mata kita betapa pentingnya memilih kata laluan yang baik dan kuat~~


Harapannya, agar kita semua akan lebih berwaspada akan mengambil berat tentang keselamatan dan kekuatan kata laluan akaun internet masing-masing. Sebagai seorang internet marketer, perkara ini sememangnya diutamakan dahulu untuk mengelakkan sebarang kehilangan atau kerugian pada masa depan.


IM-AIOExplained: "Better safe than sorry~~" ;-)

:.

No comments:

Post a Comment

Comments? Advice? Glad to hear your words, I appreciate it sooo much, Thank you. :-D