IM-AIOExplained.blogspot.com:

Niche > Blog > Affiliate > Autoresponder > IM

Sunday, February 21, 2010

What is Niche Definition and Why Niche-ing is Important for Internet Marketers?

.: Greetings~~

Okay, here comes the first hurdle of our online business. Determining our business niche - what is a niche and why knowing about it is important.

To start our online business, we need to choose what we want to sell - products or services. After that, we need to find if there is any demand for it. When there is no one buys, it has no demands. Demands exists = buyers exists = we can start selling, yayy!~~  :-D

Now we talks about buyers (demands). A large number of buyers do shows a big market, few buyers, well, the market for that particular products/services is (currently) small. This big and small market can influence our business priorities either to seriously start selling or not, because for big market, logically we can sells more compared to smaller market.

However, there is one market which is not so small nor not too big, but is filled with buyers who demands for special needs. This market exists in almost any type of market, does not matter of it's size. It is actually a narrowed down market, where here our buyers demands for specific type of products or services (they can be quite demanding too). And this special market is called the niche market.

Again, niche, in a simple definition is a distinct market of demand for a products or a services.

This so-called niche market is what we internet marketers search for. And yes, definitely for beginners, you need to get this special market no matter what, by hook or by crook. But why niche market is so special, so that important?

When dealing with big market, normally we create such product or services that is customized for all buyers. We mass produce gadgets, medicines of general use or we provide services which able to suits all type of buyers. Well, that is obvious because many would use them, but niche market is kinda special and it is very profitable.

Niche market consists of buyers with special demands. Special demands need special product created for them. Special demands also in need of special service catered for them too. And, because we sells generalized items before, this niche market is left behind. Nobody or there is only a few who caters this special market for them. And that means opportunity for us - whoever able to give them what they need, he or she might become the sole provider or their primary resource for that niche. Wow, imagine how much we will earn if we are the one~  ;-)

That is why we need to focus on this niche market. ;-)

Reading links:-



IM-AIOExplained: "Starts Small Stay Focused and Finish Big~~"  :-D

:.

Tuesday, February 16, 2010

Isu: Halalkah Haramkah Perniagaan Internet??

.: Anda seorang Muslim Internet Marketers?
:-)

Sebelum m2mdoh terpesong hanyut hanyut ke topik 'MLM', post ini cuba berkongsikan pandangan peribadi. Tak kisah anda mazhab apa, umur berapa, jantina yang mana, diharap agar fikir-fikirkan hal ini sebelum benar-benar serius dengan perihal perniagaan online dan internet marketing.

Jadi, perniagaan internet ni Halal ke Haram?

Ada banyak faktor perlu dilihat dikaji difikirkan sebelum menyatakan mana-mana perniagaan internet ini sebagai halal atau haram. Utamakan pandangan agama kita dahulu sebelum menggunakan pandangan logik akal, pandangan sosial, dan bermacam-macam pandangan yang ada.


Ini adalah beberapa isi yang dipetik dari pautan di atas ini bercampur dengan pandangan peribadi yang boleh kita fikir-fikirkan sebelum memasuki mana-mana dunia perniagaan internet. Kalau hati kuat menyetujui ianya Halal, maka tanyakanlah pada ulama-ulama kita, panel syariah kita, dan kemudian lakukanlah. Jika hati kuat menyetujui ianya Haram, maka tinggalkanlah tanpa berpaling-paling lagi. Ini kes dunia akhirat hidup mati, rezeki yang diberi kepada badan yang dipinjam dari Ilahi, masa depan anak-anak generasi ke generasi..

Tidak membawa mudarat dan tidak pula memberi mudarat
  • Niat : Niat berniaga adalah semata-mata hanya kerana Allah. Allah yang menentukan samada hari ini kita akan dapat menjual ebook kita, hari esok dapat komisen menjual produk, atau berapa banyak pun yang akan kita dapat semuanya ditentukan Allah. Jika belum rezeki kita, bagaimana usaha pun memang tidak memperolehinya. Dapat atau tidak bukan di luar kuasa kita, tetapi yang sepatutnya kita buat ialah berusaha menjual dan tawakkal.
  • Tujuan perniagaan : Antara asas penting dalam perniagaan Islam ialah menjaga kebajikan dan kemaslahatan umat manusia (tanpa mengira anda seorang Islam atau tidak). Bagi umat Islam yang berniaga, kita Muslim Internet Marketers berniaga dengan niat ikhlas menjaga kebajikan, kita tidak mengambil apa yang menjadi hak orang lain, kita tidak mencuri atau menzalimi sesiapa, menciplak hasil kerja, mengeluarkan produk yang tidak berkualiti dan lain-lain. Memanglah berniaga agar mendapat keuntungan, tetapi keuntungan itu hasil membantu pelanggan atau pengguna produk-produk kita.
  • Strategi perniagaan : Kejujuran seseorang peniaga dan Internet Marketers beragama Islam menjadi titik ukur kemajuan perniagaan itu kelak. Sales page (laman jualan) atau blog atau mana-mana laman web yang mengelirukan, memberi jaminan yang tidak ditepati, keuntungan/bukti yang diubahsuai dengan Photoshop, testimoni yang melampau-lampau, segala-galanya yang boleh mempersoalkan kejujuran diri kita sebagai Muslim Internet Marketers sepatutnya kita jauhi, hindari AKA jangan buat langsung penipuan ini. Beri ikut kemampuan, kebolehan, yang penting jujur dalam perniagaan.
  • Mengira keuntungan : Profit Margin terlampau tinggi/Harga kos untuk menghasilkan sesebuah ebook atau barang jualan tidak setimpal dengan harga jualan. Berkenaan hal ini adalah lebih untuk kita memikirkan tujuan kita berniaga di internet kembali, bukan untuk keuntungan semata-mata, tapi untuk mendapat keberkatan dari Allah, di samping memberikan manfaat kepada pembeli. Letakkanlah harga yang berpatutan, jika harga yang tinggi dikenakan maka berilah bonus-bonus yang setimpal, khidmat bantuan selepas jualan yang lama, jaminan yang kuat, dan sebagainya.
Perniagaan yang berasaskan internet, dibuat dengan menggunakan internet, atau mana-mana perniagaan sekalipun, Halal Haramnya bergantung bagaimana kita menjalankan urusan perniagaan kita. Biar sedikit pun, atau sekuman pun urusan yang dilakukan dengan cara yang Haram, perniagaan Halal akan menjadi Haram. Gunakan akal yang diberikan Allah untuk menjalankan memikirkan memajukan perniagaan internet secara Islamik agar rezeki yang kita dapat bukan sahaja berkat dan  bermanfaat, tapi turut membentuk jiwa usahawan yang bersih dan prihatin.  :-)


Rujukan/Pautan berkaitan:
  • Permai1.tripod.com : Garis Panduan Tingkah Laku Etika Islam Dalam Perniagaan
  • SmartUsaha.com : Etika perniagaan, Pandangan Islam dan kepentingannya.
  • Zaharuddin.net : Perniagaan Internet Halal atau Haram.
  • Baitul-maal.com : Etika ekonomi Islam, norma Islam dalam ekonomi, kejujuran (Shiddiq), Amanah, Nasehat.
  • WangCyber.com : Adab, etika dan hukum dalam perniagaan internet.
  • MajalahIM.com : Perniagaan Internet Halal atau Haram?
  • Google Books preview : Etika dan amalan perniagaan, oleh Wan Sabri Wan Hussin
  • WangCyber.com : Hakikat sebenar buat duit di internet - lihat 3 jenis perniagaan dalam kategori Halal dan Haram; ada warna hijau, oren dan merah.
  • JerungPerkasa.com : Isi nombor (3). Adakah perniagaan internet ini Halal dan tiada unsur penipuan?

IM-AIOExplained: "Perniagaan yang Halal, rezeki yang Halal, generasi yang Halal Toyyiba~~"
;-)

:.

Saturday, February 6, 2010

Bagaimana Memulakan Perniagaan dgn Internet Marketing? >>

.: Urmm... Payah jugak soalan nih~ ;-P

Sebelum bermula, apa kata kita lihat dahulu makna Internet marketing dan online business bersama-sama~~

Internet marketing (pemasaran internet/pengiklanan internet) bermaksud usaha yang dilakukan untuk memasarkan produk-produk atau perkhidmatan melalui internet, manakala online business (electronic commerce = perniagaan online) membawa maksud menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan dengan menggunakan atau melibatkan teknologi maklumat dan komunikasi, ICT.

Dengan kata lain,
  • Internet marketing ialah cara-cara dan usaha kita untuk menarik pelanggan datang ke laman web untuk membeli produk atau perkhidmatan yang ktia tawarkan.
  • Online business pula ialah perniagaan kita yang dijalankan dengan menggunakan teknologi-teknologi yang berkaitan dengan internet
Maknanya, kita menjalankan online business (perniagaan online), dan untuk menarik pelanggan kepada perniagaan kita gunakan teknik-teknik internet marketing (pemasaran internet)~  :-)

5 Langkah

Setelah mengetahui hubungkait antara dua perkara ini, maka bolehlah kita menjawab soalan yang diatas tadi - Bagaimana hendak memulakan perniagaan online dengan internet marketing. Secara teorinya, untuk bermula kita hanya perlukan 5 langkah ini sahaja, tetapi praktikalnya lebih dari 5 tau~~  ;-)
  1. Cari Niche anda
  2. Praktikkan SEO + Blog secara konsisten
  3. Daftar sebagai Affiliate
  4. Masukkan Autoresponder
  5. Buat Internet Marketing habis-habisan~~  :-D
Untuk makluman, 5 langkah di atas bukan satu-satunya cara untuk kita menjana pendapatan dari internet (sebab ia boleh dilakukan dengan bermacam-macam cara). Tetapi teori asasnya tetap sama.

Kalau diikutkan, sekarang juga anda sudah boleh mula mencari maklumat tentang 5 langkah di atas. Cuma Google-kan, dan anda dapat temui banyak informasi percuma di luar sana. Bersedialah dengan emel anda, dan, adalah lebih baik jika anda terus usahakan selain hanya membaca/menulis/membuat perancangan sahaja. Kalau dah usaha barulah nampak hasilnya, kalau tidak berjaya kita bertanya dan usaha lagi~~

Sebelum m2mdoh menamatkan post ini, ingin dimaklumkan bahawa blog ini akan cuba membantu anda dalam memulakan perniagaan online dengan info-info berguna dan percuma. M2mdoh lakukan bahagian m2mdoh, anda lakukan bahagian anda. Jangan tunggu lama-lama, sebab yang lain pun sama berniaga.  ;-)


IM-AIOExplained: "Jangan takut bermula, tapi takutlah tak sempat nak mula apa-apa.."
Are you ready??  :-)
:.

Friday, February 5, 2010

Imbasan Post Berkaitan dengan Emel >>

.: Assalamu'alaikum~~
(^o^),v

Post yang sebelum ini menyentuh bagaimana kita memulakan dunia internet marketing ini dengan membuat emel. Emel sebenarnya tool kita yang pertama sekali dalam dunia IM, dan tool ini boleh dimanipulasikan agar 'bekerja' untuk kita. Memang Y! mail dan Gmail yang menjadi pilihan utama untuk membuat emel, tetapi, berapa banyakkah akaun emel yang perlu dibuat??

3 Kegunaan utama

3 akaun sahaja sudah pun mencukupi - satu untuk memuatturun freebies, satu lagi untuk khas untuk aktiviti perniagaan internet, dan akaun emel yang terakhir untuk kegunaan peribadi. Akaun saranan m2mdoh? Y! mail untuk kegunaan yang pertama, Gmail untuk perniagaan, dan yang terakhir gunakan perkhidmatan emel yang anda gemari.

Akaun Y! mail sangat baik dijadikan akaun mengumpul freebies (ebook percuma, muaturun percuma, termasuklah offer dan emel follow up yang bertimbun-timbun) kerana ia menyediakan ruang simpanan yang tidak terhingga. Gmail pula bagus untuk aktivit perniagaan kerana perkhidmatan-perkhidmatan percuma mereka, contohnya Blogger, carian kata kunci (keyword), mengesan trend, melakukan analisa dan pelbagai lagi yang boleh digunakan secara percuma~ Dengan syarat, kita faham bagaimana mengunakannya. ;-)

Inilah imbasan beberapa perkara penting mengenai akaun emel (dalam susunan pembacaan)~~

  1. Menghantar dan membaca emel adalah perkara yang biasa dilakukan selepas membuka emel. Sebagai seorang internet marketer, kita ada 7 cara memanipulasikan akaun emel kita.
  2. Sebelum itu, anggaplah ini titik pertama dalam dunia IM kita - gunakan nama pengguna (username/login ID) yang sesuai dan berkaitan untuk akaun emel.
  3. Dengan nama pengguna yang bagus, sekarang bagaimana kita boleh melindungi akaun emel kita - antara caranya ialah dengan memilih kata laluan yang tepat.
  4. Anda pasti bahawa kata laluan anda kata laluan yang kuat?
  5. Mengapa m2mdoh gemar menggunakan Yahoo! mail dan Gmail?
  6. Atau anda mencari penyedia perkhidmatan emel yang lain?
Selepas post berkaitan emel ini, kita akan beralih pula kepada topik seterusnya dalam dunia Internet marketing. Kita akan sama-sama mempelajari bagaimana mewujudkan perniagaan online dan menjana pendapatan daripadanya. Kita akan menggunakan pendekatan melalui blog dan tools yang berkaitan kelak. Nantikan~~ ;-D


IM-AIOExplained: "Haa, lepas ni kita akan kerap menggunakan perkhidmatan percuma Google. Pastikan anda telah mendaftar utuk akaun Gmail anda~~ " ;-)

:.

Thursday, February 4, 2010

Senarai ringkas kilat kilat perbezaan Gmail dan Y! mail >>

.: Ini ialah antara perbezaan ringkas untuk perkhidmatan emel percuma yang disediakan oleh Y! mail dan Gmail. (suka-suka nak letak kilat, kononnya ringkas dan cepat~~)  ;-P


  • Saiz ruang percuma yang ditawarkan
    • Y! mail: tidak terhad
    • Gmail: buat masa ini adalah sebanyak 7GB++ (akan datang: infinity storage)
  • Kemudahan ber-chatting
    • Y! mail: Yahoo! messenger yang telah diintegrasi bersama
    • Gmail: Google Talk pun turut diintergrasi juga
    • Kebolehan untuk dibuka dalam tab baru
      • Y! mail: Yep (classic dan layout baru dua-dua boleh)
      • Gmail: Huhu, tak boleyy.. (default adalah dalam bentuk paparan conversational)
      • Had saiz kepilan (attachment)
        • hampir kesemua jenis dokumen dan fail, gambar, zip/rar boleh dikepil bersama, kecuali fail .exe
        • Y! mail: 25MB
        • Gmail: 25MB
      • Tema, rekabentuk dan wallpaper
        • Y! mail: warna sahaja (yang diketahui setakat ini)
        • Gmail: ada yang BSP (buat sendiri punya = DIY) atau gunakan tema yang sudah tersedia (ada animasi lagi)
        • Kelajuan untuk load sampai habis
          • Y! mail: kalau style classic - sederhana laju, yang style modern - agak perlahan.
          • Gmail: paparan bentuk HTML - boleh tahan laju woo, paparan default punya - sederhana laju.
          • Aplikasi yang ada
            • Y! mail: Picnik, Flickr, Drop.io, myPhotos oleh Xoopit, PayPal, Evite~~
            • Gmail: macham-macham adaaa (kebanyakannya dalam Google Labs)
            • Kemudahan tersendiri yang unik
              • Y! mail: tarik-kemudian-lepas (drag and drop), fungsi mengesan emel yang baharu diterima secara automatik (auto-check for new messages), carian dalam emel sendiri (search inside mail), fungsi simpan sendiri (auto-save drafts), lebih mudah melihat kepilan (easier access to attachments), ada kalendar, kaedah pintas yang menjimatkan masa (time-saving shortcuts - susah pulak nak translate yang ini...)
              • Gmail: macham-macham adaaa (kebanyakannya dalam Google Labs)
              • Kemampuan mengesan emel spam
                • Y! mail: sederhana
                • Gmail: sederhana
                • Baca emel dari telefon bimbit?
                  • Y! mail: layari [m.yahoo.com/mail]
                  • Gmail: layari [m.google.com/mail]



                IM-AIOExplained: "Dua-dua bagus, pakai aja~~"   ;-D

                :.

                Wednesday, February 3, 2010

                7 Cara Memanipulasi Emel bagi Internet Marketer >>

                .: Benarkah akaun emel percuma boleh digunakan selain menghantar dan menerima emel??

                ;-)  Boleh aja~~ :-

                Selalunya, apabila membuka emel, memang akan membaca, menbuang atau membalas balik emel-emel yang kita dapat. Kadang kala untuk mencetak flight itinerary yang dihantar syarikat penerbangan, membaca newsletter atau blog post terbaru, membuat pengesahan pendaftaran untuk laman sosial yang baru disertai, dan pelbagai lagi jenis emel yang kita dapat hampir setiap hari. Tetapi, sebagai internet marketer, emel boleh digunakan selain daripada fungsinya yang biasa kita gunakan.

                Digunakan <-> dimanipulasikan?

                Secara peribadi, m2mdoh menggunakan lebih dari satu akaun emel. Setiap satunya digunakan dengan tujuan yang berbeza-beza, agar memudahkan proses mengurus 'inventori' emel yang sememangnya bertambah-tambah. Y! mail dan Gmail, antara dua penyedia akaun emel percuma yang sangat-sangat membantu dalam dunia IM. Jadi, apakah cara-cara untuk memanipulasi akaun emel kita ini?

                • Manipulasi #1: Digunakan untuk tujuan perniagaan internet
                  • Walaupun sesetengah antara kita kurang selesa dan pening menggunakan lebih dari satu akaun emel, tetapi dengan memiliki akaun emel yang berbeza untuk kegunaan peribadi dan perniagaan, sangat-sangat membantu mengurangkan kepeningan yang ada. Satu sebabnya lagi, agar kelak kita tidaklah tersalah hantar emel, contohnya terhantar emel peribadi kepada bos, kan malu jadinya nanti..
                • Manipulasi #2: Tempat menyimpan semua freebies dan muaturun  ;-)
                  • Yang ini layann~~ Kenapa buat banyak akaun emel sebab salah satu emel itu nanti gunanya menyimpan semua muaturun dan offer dan follow up emel dan bermacam-macam emel apabila kita berikan untuk mendapatkan mana-mana freebies di internet. (panjang berjela jela) ;-P  Tak kisah nak cakapa nafsu ka, gila ka, sesungguhnya banyak freebies (ebook, transkrip audio, video percuma dll) dari IMers di luar sana sangat-sangat berguna untuk bahan bacaan dan menambah ilmu kita dalam dunia IM. Jadi, download jangan tak download, tapi asingkan dari akaun emel peribadi.
                • Manipulasi #3: Menyimpan salinan dokumen-dokumen (atau sebagai storan kedua)
                  • Pernah mengalami USB pendrive/harddisk yang penuh? Nak simpan banyak lagi barang tapi sudah tidak muat. Jadi, dengan menggunakan storan untuk emel, kita bolehlah menyimpan dokumen-dokumen atau gambar-gambar sebelum dipindahkan ke dalam USB yang baru. Kadang-kadang, apabila bekerja dari cyber cafe, terlupa membawa USB, jadi emel boleh menjadi storan kedua untuk menyimpan kerja-kerja kita tadi. Taip emel yang baharu, kepilkan (attach) dokumen yang dikehendaki, kemudian hantar kembali kepada alamat emel anda sendiri.
                • Manipulasi #4: Medium perhubungan dengan rakan niaga
                  • Oleh kerana Y! mail dan Gmail telah mengintegrasikan 'instant messenging' dalam akaun emel mereka, maka kita boleh terus berbincang atau berkongsi maklumat serentak dengan hanya membuka emel sahaja. Jadi kini kita sudah boleh terus bersembang tanpa perlu install software berlainan, atau membuka softwarenya. Menyenangkan kerja dan menjimatkan masa.
                • Manipulasi #5: Kumpul semua junk emails dalam satu tempat
                  • Apabila kita sign up untuk freebies dari IMers lain (atau dari laman sesawang), kemungkinan untuk menerima junk emel meningkat dengan dahsyatnya. Kenapa? Kerana emel-emel follow up kadang-kadang (selalunya) mengandungi offer-offer atau majlis undangan ke webinar, seminar, atau preview produk-produk baru. Emel-emel ini bukannya emel spam, kerna kita sendiri yang setuju berikan emel untuk mereka, dengan balasan diberikan pautan untuk download freebies diorang. Jadi, sebagai langkah bijak, biarlah semua junk emel berkumpul satu tempat sahaja.
                • Manipulasi #6: Untuk memberi komen di blog/laman web
                  • Kegunaan emel yang lain adalah untuk meninggalkan komen~ m2mdoh sendiri sebenarnya kurang gemar untuk memberi komen, tetapi jika anda mempunyai jawapan untuk persoalan/masalah pada blog mereka, maka anda amat digalakkan untuk membantu dengan memberi komen. Dan, untuk memberi komen, ia perlukan emel. Jadi gunakan emel anda tadi dan selepas itu barulah anda dapat menulis komen anda. (Di samping itu, sertakan juga pautan ke blog/laman sesawang anda juga.)
                • Manipulasi #7: Sebagai 'Online reminder/event planner draft'
                  • Anda sedar tidak terdapatnya fungsi untuk membuat reminder dan mencatit nota pada emel anda? Jadi, selain daripada menggunakan notepad atau word atau open office, apa kata anda terus sahaja gunakan nota pada akaun emel untuk menulis catatan-catatan anda. Gunakan reminder, kalendar untuk menulis tarikh-tarikh, masa pertemuan atau rancangan anda. Di samping itu, dengan cara ini, anda tidak perlu sentiasa membawa USB anda setiap masa, atau perlu menggunakan komputer di rumah untuk melihat jadual-jadual anda.
                Jadi, adalah diharapkan 7 cara memanipulasi emel ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam urusan internet marketing anda. Jadi, selepas ini anda bolehlah menggunakan sepenuhnya kuasa akaun emel anda selain dari membaca atau menghantar emel sahaja.


                IM-AIOExplained: "Gunakan dengan barangan percuma dengan bijak"   :-D

                :.

                Tuesday, February 2, 2010

                Kata Laluan yg Lemah, Sederhana, Baik dan Kuat >>

                .: Ini ialah blog post bergambar untuk menunjukkan tahap kekuatan sesuatu kata laluan itu.


                Hee~ ;-)
                (Post ini adalah tepat semasa ditulis). Di sini kita bolehlah melihat bagaimana pemilihan abjad/aksara dalam kata laluan kita itu mempengaruhi tahap kekuatannya. Bandingkan perbezaan antara tahap kata laluan pada Y! mail (pada sebelah kiri) dan juga Gmail (berada di sebelah kanan) yang berbeza-beza.

                Contoh kata laluan - deskripsi


                123456789 - hanya mengandungi nombor sahaja





                12345abcd - kombinasi nombor dan abjad





                abcdefghj - mengandungi abjad sahaja
                12345ABCD - nombor dengan abjad dalam huruf besar





                12345Abcd - kombinasi nombor + huruf besar + huruf kecil
                aBC12345d - dengan susunan yang berlainan





                aB12C345d - susunan rawak + penggunaan nombor + huruf besar dan kecil
                aB1?(345d - kata laluan yang mengandungi simbol bacaan
                @B12C345d - dengan beberapa aksara khusus
                aB12C3$%d - lebih banyak aksara khusus





                Jadi, untuk mana-mana kata laluan, kita boleh simpulkan bahawa kata laluan yang dilabelkan...


                Too short atau Weak  = Kata laluan yang  lemah (mudah dipecah masuk)
                Very Strong = Lata laluan yang kuat dan lebih selamat.


                Perbezaannya seakan-akan tidak berapa ketara, tetapi, berdasarkan pengalaman dan pembacaan yang lepas, adalah digalakkan untuk kita menggunakan tahap kekuatan dari Y! mail kerana ia lebih tepat dalam menentukan kata laluan yang bagus atau tidak. Bagaimanapun, anda sebagai pengguna hendaklah berwaspada dengan apa jua akaun online anda di internet. Salah satu caranya ialah dengan membuat kata laluan yang kuat dan sukar dipecahmasuk.



                IM-AIOExplained: "Tak kisah apa jua kegunaan akaun di internet, semuanya mestilah dilindungi dengan baik." ;-)

                :.